Bahasa istana
Pengetahuan Umum.
Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah.Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau penggunaan bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.
Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dalam bahasa Melayu, seperti “Nyōbō kotoba” sistem bahasa istana bagi bahasa Jepun, bahasa Jawa, dan banyak lagi termasuklah bahasa Inggeris.
Nota yang bermanfaat!
ReplyDelete