Sunday, November 11, 2012

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa
1. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
2. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patch kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
3. Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
Simpulan Bahasa dan maksudnya

ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk
melakukan atau memiliki sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum
memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa anak yang diaayangi oleh bapa
anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas anak yang diaayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin negara-negara di sebelah barat
atas pager tidak menyebelahi mane-mane pihak
ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut orang yang banyak bercakap
batu api orang yang suka menghasut
batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang
dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
bawah angin negara-negara di sebelah timur
bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
boralih akal berubah fikiran atau pendapat
beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati enggan; malas
berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang orang yang malas bekerja
berat sebelah tidak berlaku adil
berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua tidak jujur
bertikam lidah bertengkar; berdebat
besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata anak
cakar ayam tuliaan yang buruk
campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangan suka mencuri
dalam tangan sudah pasti akan diperoleh
darah daging anak kandung
durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak diaangka-sangka
gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja
bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau
harta
harga diri maruah atau kehormatan seseorang
harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu degil atau keras hati
hidung tinggi sombong atau tinggi diri
hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangandiri
Ikat perut menahan lapar kerana berjimat
Iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu
Isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol suka minum minuman keras
kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin perangai yang tidak menentu
kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
putih hati ikhlas; jujur
putih mata mengalami kekecewaan
rabun ayam penglihatan yang kurang jelas
rambang mata sukar membuat pilihan
ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang
sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering orang yang kedekut
tawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malu
telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah tajam pendengaran
telinga nipia cepat marah atau meradang
terang hati mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh

2 comments:

  1. satu paparan yang baik dan menarik!

    ReplyDelete
  2. Bolg kamu sangat cantik. Saya suka akan bolg kamu

    ReplyDelete