TATABAHASA MELAYU
Imbuhan ber-, ber…an, dan ber…kan
1. Imbuhan ber- dapat berubah rnenjadi be-, bel-, dan tetap sebagai ber-, bergantung kepada
kata-kata yang digunakan seperti keterangan yang berikut:
(a) menjadi ber- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku
kata pertamanya diakhiri dengan er.
Contohnya:
rakit => berakit
renang => berenang
serta => beserta
b) menjadi bel- hanya apabila bertemu dengan kata ajar.
ajar = belajar
(c) tetap sebagai ber- apabila bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan
ada => berada
ekor berekor
nasib bernasib
piaah => berpiaah
sumpah => bersumpah
2. Kata-kata yang berawalan berdapat diaertai akhiran -an dan -kan menjadi ber…an dan
ber…kan. Misalnya: berdekatan, bertempiaran, berasaskan, berpandukan, berdasarkan,dan
sebagainya.
Imbuhan ter-, ter…i, dan ter…kan
1. Imbuhan ter- dapat berubah menjadi te- dan tetap sebagai ter- seperti penyataan yang
berikut:
(a) menjadi te- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya diakhiri dengan er. Contohnya:
rasa => terasa
rendam terendam
serlah teserlah
sergam tesergam
(b) tetap sebagai ter- apabila bertemu dengan kata-kata lain
selain yang dinyatakan:
bangun terbangun
fikir terfikir
kumpul terkumpul
lambat terlambat
piaah terpiaah
ubat terubat
2. Kata-kata yang berawalan ter- dapat diaertai akhiran -i dan -kan menjadi ter …i dan ter …kan.
Contohnya:
terpenuhi, teratasi, terhindari, terkalahkan, terkatakan,dan sebagainya.
Imbuhan men- , men_ .i dan men _ kan
1. Imbuhan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-, menge-, dan tetap
sebagai men- bergantung kepada kata-kata yang digunakan seperti dalam keterangan yang berikut:
v =~ veto ==> memveto
menjadi men- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf awalnya ialah c, d, dan j.
Contohnya:
c ~ cuba => mencuba
d ~ daki ==> mendaki
j => jual => menjual
menjadi meng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g,
dan h.
Contohnya: a ~ ambil => mengambil e ~ elak => mengelak i ~ ikut ~ mengikut o => olah ~ mengolah
u ~ ubah ~ mengubah g ~ gigit ~ menggigit h ~ hantar => menghantar
menjadi menge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata
saja. Contohnya:
bom => mengebom
cat ~ mengecat
cam ~ mengecam
lap => mengelap
2. Kata-kata yang bermula dengan
huruf k, s, p, dan t bertukar menjadi ng, ny, m, dan t apabila bertemu dengan awalan men -.
Contohnya:
(a) k menjadi ng
kecil =* mengecil
(b) s menjadi ny
sikat => menyikat
(c) p menjadi m
paksa =:> memaksa
(d) t menjadi n
tunggu => menunggu
3. Kata yang berawalan men- dapat disertai akhiran -i dan -kan menjadi men …i dan men …kan.
Contohnya:
menghadiahi, mengetuai, membiayai, merasmikan, mengamalkan, mengesahkan,
membiarkan, dan sebagainya.
(a) menjadi me- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf
awalnya ialah I, m, n, ng, ny, r, w, dan y.
Contohnya:
I => larang =* melarang
m ~ minta => meminta
n ~ naik ~ menaik
ng ~ nganga ~ menganga
ny => nyala => menyala
r ~ rawat => merawat
w ~ wangi = mewangi
(b) menjadi mem- apabila bertemu dengan kata-kata yang huruf awalnya ialah b, f, dan v.
Contohnya:
b => baca = membaca
f => fitnah = memfitnah
Imbuhan per- dan per…an
1. Imbuhan per- tetap sebagai per atau berubah menjadi pe- atau pelseperti yang berikut:
(a) tetap sebagai per- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan
Contohnya:
b – perburu
t – pertapa
b) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata ajar, iaitu pelajar.
c) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata-kata lain selain yang dinyatakan. Contohnya:
juang ~ pejuang
kerja ~ pekerja
lumba ~ pelumba
salah ~ pesalah
tani => petani
2. Kata-kata yang berawalan per- dapat diaertai akhiran -an menjadi per …an.
Contohnya: perdamaian, perjumpaan, perkongsian, permintaan, persatuan, dan sebagainya.
5 Imbuhan pen- dan pen …an
1. Imbuhan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, penge-, dan tetap sebagai pen- seperti yang berikut:
(a) menjadi pe- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf I, m, n, ny, r, dan w.
Contohnya:
pelayan, pemain, penasihat, penyata, peronda, dan pewangi.
(b) menjadi pem- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f.
Contohnya:
pembesar, pembasmi, dan pemfitnah.
(c) menjadi pen- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z.
Contohnya:
pencari, penduduk, penjaga, pensyarah, dan sebagainya.
(d) menjadi peng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g,h, dan kh.
Contohnya:
pengarah, pengedar, pengikut, pengulas, pengganas, penghibur, dan pengkhianat.
(e) menjadi penge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata.
Contohnya:
pengebom, pengecat, dan pengelap.
Kata-kata yang bermula dengan huruf k, s, p, dan t pula akan bertukar menjadi ng, ny, m, dan n apabila bertemu dengan awalan pen-. Contohnya:
(a) k berubah menjadi ng;
ketam = pengetam
(b) s berubah menjadi ny;
sayang = penyayang
(c) p berubah menjadi m;
putar = pemutar
(d) t berubah menjadi n;
tonton = penonton
Kata-kata yang berawalan pendapat diaertai akhiran -an menjadi pen …an.
Misalnya:
pelarian, pembasmian, pendakian, penghakiman, pengecatan, dan sebagainya.
Imbuhan ke- dan ke…an
Imbuhan ke- bertugas untuk membentuk kata nama, kata bilangan tingkat, dan kata bilangan himpunan.
Contohnya:
tua ketua (kata nama)
hendak kehendak (kata nama)
tiga ketiga (kata bilangan tingkat)
dua => kedua-dua (kata bilangan himpunan)
Imbuhan ke- dapat diaertai akhiran -an menjadi ke…an.
Contohnya:
kerajinan, kedatangan, kesihatan,dan sebagainya.
Ada ketikanya kata berimbuhan ke…an digunakan dalam ayat pasif.
Contohnya:
(a) Semalam saya ketinggalan bas.
(b) Budak itu dikejarkan ke hospital kerana keracunan.
lmbuhan di-, di…i, dan di…kan
1. Kata-kata yang berimbuhan di- digunakan dalam ayat-ayat pasif.
2. Antara beberapa contoh kata yang berawalan di- itu termasuklah diambil, dibawa, dicuri,
dicari, dibuang, diaimpan, dan sebagainya.
3. Kata-kata yang berimbuhan di…i digunakan dalam ayat-ayat pasif jugs.
4. Antara beberapa contoh kata yang berimbuhan di…i itu termasuklah diatasi, dibebani,
dicurigai, didekati, difahami, diikuti, dihindari, dan sebagainya.
5. Seperti kata-kata yang berimbuhan didan di…i, kata-kata yang berimbuhan di…kan pun
digunakan dalam ayat-ayat pasif.
6. Antara beberapa contoh kata yang berimbuhan di…kan itu termasuklah didirikan, diedarkan, dielakkan, diberikan, digugurkan, diadakan, dilakukan, diturunkan, dan sebagainya.
8 Imbuhan -an, -man, -wan, -wati, dan -ita
1. Imbuhan -an, -man, -wan, -wati, dan -ita digunakan untuk membentuk kata nama terbitan.
2. Kesemua imbuhan ini diletakkan diakhir kata, yakni sebagai akhiran.
3. Antara beberapa contoh kata yang berakhiran -an termasuklah ancaman, bacaan, buatan,
catatan, edaran, giliran, harapan, kurungan, lautan, minuman, makanan, suruhan, tanaman, utusan, dan sebagainya.
4. Antara beberapa contoh kata yang berakhiran -man termasuklah budiman dan seniman.
5. Beberapa contoh kata yang berakhiran -wan pula ialah dermawan, jutawan, jelitawan,
rupawan, budayawan, ilmuwan, olahragawan, angkasawan, dan sukarelawan.
6. Contoh kata-kata yang berakhiran -wati ialah seniwati, olahragawati, dan sukarelawati.
7. Contoh kata yang berakhiran … ita hanya satu, iaitu biduanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment