Sunday, November 11, 2012

Tanda Baca

Tanda Baca

1. Tanda Titik

Tanda titik digunakan pada :

(a),pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan
  • Kereta ini barn dibeli.
  • Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang
  • Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
  • En. (Encik)
(c) sebelum tanda penutup kata (“) dalam cakap ajuk
  • Kata kakak, “bunga itu sudah layu.”
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan
  • 5.4, 30.2, 1 19.8

2. Tanda Koma (,)

Tanda koma digunakan… Contohnya
(a) bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat
  • Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
  • Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
(b) di belakang kata seru
  • Amboi, merahnya baju kamu!
  • Eh, Azmi rupanya!
(c) untuk menandakan tempat berhenti sebentar.
  • Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
(d) di belakang kata penghubung pada awal ayat …
  • Oleh sebab itu, awak dimintahadir.
  • Jadi, awak tidak mengakubersalah?
(e) untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza
  • Rumah itu besar, tetapi tidak cantik.
  • Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
(f) sebelum tanda pembuka kata (“) dan penutup kata (“) dalam cakap ajuk
  • Ravi berkata, “Ini suratnya, encik.”
  • “Terima kasih,” jawab Encik Abu.

3. Tanda Tanya (?)

Tanda tanya digunakan… Contohnya
(a) pada akhir ayat tanya
  • Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (“)
  • “Apa yang kamu lihat?” tanya Jimmy.

4. Tanda Seru (!)

Tanda seru digunakan… Contohnya
a) sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat
  • Wah, perbuatan awak sudah melampau!
  • Siapkan kerja itu segera!
5. Tanda Titik Bertindih (:)

Tanda titik bertindih digunakan… Contohnya
(a) pada akhir sesuatu penyataan apabila diikuti oleh rangkaian
  • Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul
(b) untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu
  • Tarikh: 3 April 2000
  • Masa: 2.00 petang
  • Tempat: Bilik Gerakan
6. Tanda Koma Bertitik (;)

Tanda koma bertitik digunakan Contohnya

(a) untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara
  • Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
(b) pada baria pertama pantun dua kerat
  • Ada ubi ada batas;
  • Ada budi ada balas.
(c) pada baria kedua pantun empat kerat
  • Kalau ada jarum patah,
  • Jangan diaimpan di dalam peti;
  • Kalau ada silap dan salah,
  • Jangan diaimpan di dalam hati.
7. Tanda Sempang (-)

Tanda sempang digunakan… Contohnya,
(a) untuk menyambungkan kata yang diulang dan kata ganda
  • murid-murid, riuh-rendah
(b) untuk merangkaikan:
I. se- dengan kata yang berikutnya yang dimulai dengan huruf besar, se-Malaysia, se-Tanah Melayu
II. ke- dengan angka kali yang ke-10,
III. angka dengan -an tahun 1960-an
(c) memisahkan huruf kecil daripada huruf besar
  • rahmat-Mu, hamba-Nya, sinar-X
8. Tanda Petik (“…”)

Tanda petik digunakan . .- Contohnya

(a) untuk mengapit petikan langsung. Perbualan dan komunikasi.
  • “Saya belum makan, ibu,” kata adik.
(b) pada jadual rencana, karangan, novel, puisi, dan sebagainya
  • Novel “Esok Masih Ada” memenangi hadiah pertama.
(c) Untuk membezakan istilah atau peribahasa.
  • Penggunaan “bujet” tidak sesuai dalam Bahasa Melayu.
  • Bak kata pepatah, “Alah membeli, Menang Memakai.”

2 comments: